Friday 25 February 2011

NOTA SENI - CATAN

1.  PENGENALAN CATAN
    Pada abad ke 15 lagi pelukis-pelukis telah menghasilkan catan pada dinding yang dikenali     sebagai  Lukisan Mural. Catan dikaitkan dengan karya  tampak yang menggunakan pigmen warna sebagai bahan untuk menghasilkan gambar. Maksud catan ialah hasil seni yang menggunakan bahantara pigmen warna kemudian dicatkan dipermukaan kertas atau kanvas untuk dijadikan sebuah gambar. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat atau pewarna, kertas atau kanvas, air, minyak linsid, turpentine, plat pembancuh warna dan sebagainya. Melalui catan pelukis dapat meluahkan perasaan, membuat komen social, merakamkan peristiwa dan cerita.

2.  SEJARAH
 Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba yang lebih melibatkan     aktiviti keagamaan. Media yang digunakan pada masa itu ialah mozek dan freska. Zaman kelahiran semula atau dalam bahasa Perancis disebut Zaman Renaissance  merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah.    Antara pelukis yang masyhur ialah Leonardo Da Vinci dengan catannya yang bertajuk ‘ Mona Lisa’. Albrecht Durer dengan catan airnya yang bertajuk ‘ The Great  Piece of Turt’, yang terkenal dengan gelaran ‘ Bapa Cat Air Eropah ’ . Pada abad ke 19 – 20, muncul aliran baru dalam persembahan catan yang mula mempersembahkan karya berbentuk seni abstrak dan abstrak.  Antara pelukis yang termasyhur ialah Paul Cezanne, Vncent Van Gogh, Pablo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollock dan lain-lain. Di Malaysia , catan hanya mula berkembang pada sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal pada masa itu ialah Abdullah Alif dan Yon Mun Sen yang berkarya menggunakan media cat air dan mempersembahkan Landskap tanah air. Sebenarnya aktiviti seni lukis di negara ini dipengaruhi oleh suasana penjajah. Ramai pelukis adalah di kalangan orang-orang Inggeris.  Namun demikian, dengan tertubuhnya sekolah Penang Free School pada tahun 1816 dan seterusnya penubuhan beberapa buah Maktab di Melaka dan Taiping telah memulakan aktiviti  seni lukis dalam kurikulum . Pada 19 November 1922 apabila maktab Perguruan Sultan Idris( sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris)dibuka dengan rasminya, maka penekanan mata pelajaran seni lukis dilakukan denagan sempurna. Kini seni catan merupakan satu cabang seni yang amat diminati oleh semua lapisan  manusia.